kau adalah apa yang kau fikirkan

mungkinkah yang terbang itu apa yang kita impikan? atau yang pipih itu adalah yang kita harapkan? pernahkah kau fikirkan bagaimana harus kau wujudkan? bukan khilaf kita,tapi kadangkala hati kita tak nampak apa itu kebesaran...

Doa seorang Perindu

Dicatat oleh ghozi

20 Ogo 2011

Ya Allah ya tuhanku... Ampunilah dosa-dosaku.. Rahmatilah aku.. Berikan aku pedoman hidup..
berikan aku kekuatan agar aku dapat berikan yang terbaik dalam kehidupanku.. Sesungguhnya kau maha
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.. Dan aku yakin, aku sangat yakin hanya engkau tahu apa yang terbaik untukku.. Wahai yang maha pemurah.. Aku letakkan segalanya hanya pada engkau Ya Allah..

Ya Hayyul Ya Qayyum.. Engkau tahu apa yang ada dalam hatiku.. Aku menginginkan dia menjadi sebahagian dari hidupku.. Ya Allah.. Andai dia jodohku, engkau dekatlah hatinya dengan hatiku.. Hindarilah kami dari kemurkaanmu.. Dari hasutan Syaitan dan nafsu yang sering memakan diriku.. Ya Allah.. Andai engkau berikannya untukku.. Akan tunaikan nazarku terhadapmu..

Ya Mattin Ya Qowiy.. Berikanlah aku semangat yang kuat.. Perbaharuilah azamku di setiap detik dan waktuku agar aku dapat pertahankan hatiku dari sebarang kekhianatan.. Dari sebarang kezaliman.. Ya Allah.. Hanya engkau tempat aku berlindung dan hanya engkau jualah tempat aku memohon pertolongan.. Ya Allah,engkau bukakanlah hatinya agar dia mampu menerimaku dengan seadanya.. Dan perbaharuilah hatinya agar segar jiwanya dalam membentuk insan yang solehah..

Ya Sami' Ya Kadir.. Andai dia bukan milikku, engkau senangkanlah hatiku agar dapat terima segala ketentuanmu.. Sesungguhnya aku insan yang lemah.. Aku memerlukan pertolongan darimu.. Hanya engkau mampu membantuku.. Ya Allah.. Engkau gantikanlah yang hilang dan tumbuhkanlah yang patah.. Andai dia tidak lagi mampu menerimaku.. Engkau luaskanlah hempitan yang membelenggu hidupku ini.. Ya Allah.. Berikanlah aku buah fikiran yang tinggi.. Agar aku dapat tempuhi dugaanmu..

Ya Allah.. aku mohon agar di perkenankan dan di terima permohonanku.. Sesungguhnya engkau maha memahami akan setiap hamba-hambamu.. amin..


Continue Reading

0 ulasan:

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Dicatat oleh ghozi

22 Feb 2010

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Continue Reading

0 ulasan:

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Dicatat oleh ghozi

8 Feb 2010

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUKdan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Continue Reading

0 ulasan:

Luasnya Neraka

Dicatat oleh ghozi


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua 'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Continue Reading

0 ulasan:

Mengapa dia sering kita lupa ??

Dicatat oleh ghozi

22 Jan 2010

kau
diizinkan bernafas
tiap detik
tiap waktu
sepanjang hayat
 
kau
diizinkan berjalan
tanpa berkira
tanpa larangan
setiap memerlukan

kau
diizinkan berasa
dengan nikmat
dengan semangat
tanpa perasingan

kau
diizinkan berfikir
bukan dilutut
bukan ditumit
dengan kewarasan

kau
diizinkan berpandang
tiada kecomotan
tiada halangan
bukan kesengsaraan

tapi
kau bernafas
hirup demi hirup
mengumpul kesegaran
sampai kau lupa
dia yang mengizinkan

tapi
kau berjalan
tapak demi tapak
menuju kegembiraan
sampai kau lupa
dia yang mengizinkan

tapi
kau berasa
nikmat demi nikmat
menganyam keseronokan
sampai kau lupa
dia yang mengizinkan

tapi
kau berfikir
item demi item
melonggok idea
sampai kau lupa
dia yang mengizinkan

tapi
kau memandang
element demi element
menyatu keindahan
sampai kau lupa
dia yang mengizinkan

mengapa dia harus kita lupa
sedangkan kita hamba
sedangkan kita pinjam
sedangkan kita tumpang

pernahkah kau bayangkan
kalau hari ini kau 
tak boleh bernafas
tak boleh berjalan
tak boleh berasa
tak boleh berfikir
tak boleh berpandang

jadi
bersyukurlah

dan
ingatlah
dia
pencipta
makhluk
sekalian alam...
Continue Reading

0 ulasan:

Lafaz yang tersimpan

Dicatat oleh ghozi

luluh...
hatiku yang sayu
menatap wajahmu
tenang dalam lena

kasih...
kau zahirkan laku
sedangkan bibirku
jauh dari lafaznya

dan
raut tuamu
memberkas jiwaku
meredakan rindu
mendamaikan kalbu
tak mungkinku temu
iras sentuhanmu
biarpun ku redah
seluruh dunia
mencari gantimu

oh
bertapa sukarnya
menyusun bicara
meluahkan rasa
menuturkan sayang
kasih yang terlimpah
hanyalah sekadar titah

cuma
ungkaplah ungkapan
kebisuan yang melindungkan
kalimah rahsia

kasih...
ku biarkan waktu
melarikan lafaz
kasihku padamu

mengapakah
sukar
menyusun bicara
meluahkan rasa
menuturkan sayang
kasih yang limpah
hanyalah sekadar tingkah

cumalah
ungkapan bisu
kalimah rahsia

apakah
yang hilang
andai dilisankan
bait penghargaaan
penuh kejujuran
tak mungkin terlihat

cinta...
yang meronta

jika hanya renungan mata
yang bersuara
bukan atur kata

tiada lagi ertinya
pengucapan

andai ahkir nafas
dihujung helaan

sebelum mata
rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafas



yang tersimpan...

Continue Reading

0 ulasan:

Apa Kata Hati…

Dicatat oleh ghozi

18 Jan 2010

Bukan semua perkara yang kita mahukan menjadi kenyataan. Kadang kala kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahukan sebenarnya untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna. Kata hati? Orang kata kalau kita ikut kata hati, itulah yang tepat dan selalu menjadi kenyataan. Ada benarnya kenyataan ini. Manusia adalah makhluk ciptaanNya yang paling istimewa. Semua ciptaanNya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita mempunyai akal untuk berfikir. Berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, setiap apa yang tercetus di hati akallah yang akan memainkan peranannya untuk menapis dan menilai apa kata hati. Orang yang berfikiran cetek akan mudah membuat keputusan tanpa fikir kesannya dalam hidup. Kemudian diri sendiri yang akan merana. Penyesalan di kemudian hari tidak membawa sebarang manfaat, bak kata pepatah nasi telah menjadi bubur. Tetapi kenyataan ini juga dapat disangkal dengan penyesalan yang lahir dari kekuatan hati. Berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Sifat sedemikian amat diredhai oleh Allah. Setiap manusia yang melakukan kesilapan mestilah menyedari akan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat. Manusia dicipta dengan pelbagai kerenah dan ragam. Kenapa? Kita dapat saling mengingati antara satu sama lain. Kadang-kadang kita tidak sedar kesilapan yang kita lakukan, tetapi orang di sekeliling kita yang sedar. Mungkin kita rasa kita seorang yang sempurna,baik,cukup semuanya sehingga kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya. Sebenarnya kita boleh rasa pandangan orang terhadap diri kita. Ini semuanya lahir dari hati yang luhur. Bila kita sedar ada sesuatu yang kurang pada diri kita, niat  untuk berubah adalah perkara yang sangat penting. Mungkin kita tidak pasti dan ragu-ragu jalan yang terbaik untuk membaiki kesilapan kita. Kadang-kadang juga kita menafikan apa kata hati dan sukar orang nak  faham walaupun kita sudah luahkannya.  Mungkin kita malu untuk meminta pandangan dan nasihat orang yang lain. Justeru, mohonlah petunjuk dari Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya inilah jalan yang terbaik. Niat yang baik,kesungguhan yang tinggi dan tawakal perlu diserapkan dalam diri. Dengan izinNya, kita akan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Ayuh kawan-kawan,kita bangkit dari kealpaan duniawi, cermin diri kita, muhasabah diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik demi keberkatan hidup. 

SYUKRAN 

Continue Reading

0 ulasan:

Pautan

Dicatat oleh ghozi

16 Jan 2010

Bukan aku yang merancang semua ini.. aku juga tidak mahu ini semua terjadi.. tapi kenapa aku begini?
apakah ini semua,dugaan bagiku? juga ujian bagiku? kalau betul,kenapa terlalu berat tok aku time?
aku tahu semua jawapan ini,aku tahu apa yang mengapa mesti berlaku,aku tahu jawapanya.. dan bukan lah maksudku ingin menyalahkan dia yang esa atau sudah berputus asa tapi aku sekadar mengadu kepadanya, kerana 'dari dia kata datang dan kepada dia jualah kita pergi'...

pernah aku berada di bawah pautan kekeliruan dan pada masa itu,aku tidak tahu apa itu baik dan apa itu jahat.. apa yang aku tahu pada masa itu,hanyalah gembira.. tidakku duga,itu semua memberikan aku satu impak yang besar kepada hidupku.. hari berganti hari,aku semakin mengenal apa itu erti telunjuk yang lurus.. sampai lah di saat itu,pautanku kepada kelurusan menjadi semakin kuat sehinggakan aku lupa pautanku pada kebengkokan menjadi lemah.. dan apabila aku terlepas pautanku pada kebengkokan,aku menjadi tidak menentu,duniaku terumbang-ambing kerana aku hanya berpaut pada satu pautan iaitu pautan kelurusan.. aku jadi buntu,aku jadi panik dan makin lama pautanku pada kelurusan semakin longgar,pada saat itu,hanya satu saja cara untuk menyelamatkan keadaan aku,caranya aku perlu berpaut pada kebengkokan semula untuk stabilkan kembali kondisi aku..dan dengan terpakse,aku berpaut pada kebengkokkan jua..sehingga kini,aku berpaut pada keduanya..sejak kejadian itu,aku mulai mengerti apakah yang terjadi dalam kehidupan manusia.. dan inilah yang aku harus tempuhi dalam hidup aku,aku perlu keduanya,kerana Allah itu maha mengetahui.. dan 'sesungguhnya ujian Allah itu bertepatan dengan kekuatan iman seseorang hamba yang di ciptakannye'..

SYUKRAN

Continue Reading

0 ulasan:

Doa keselamatan diri (rogol dan bunuh)

Dicatat oleh ghozi

12 Jan 2010

Doa (1) : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang jahat”.



Doa (2) : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”.





Cara amalan

Ia kenalah berterusan (istiqamah). Sebelum keluar rumah, selepas baca doa keluar rumah  teruskan dengan bacaan doa (1) dan (2) dekat atas, sebaiknya di ulang sehingga 3 kali bacaan…. Bila tengah panaskan enjin kereta, kita isi masa terluang tuh  dengan membaca doa tersebut….  Yang paling penting, kita baca doa tersebut sebelum memulakan perjalanan.






Fadhilat Doa & Hadis

Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa (1) tersebut maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.”
(Riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa (2) sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)


Continue Reading

0 ulasan: