mungkinkah yang terbang itu apa yang kita impikan? atau yang pipih itu adalah yang kita harapkan? pernahkah kau fikirkan bagaimana harus kau wujudkan? bukan khilaf kita,tapi kadangkala hati kita tak nampak apa itu kebesaran...

18 Jan 2010

Dicatat oleh ghozi

Bukan semua perkara yang kita mahukan menjadi kenyataan. Kadang kala kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahukan sebenarnya untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna. Kata hati? Orang kata kalau kita ikut kata hati, itulah yang tepat dan selalu menjadi kenyataan. Ada benarnya kenyataan ini. Manusia adalah makhluk ciptaanNya yang paling istimewa. Semua ciptaanNya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita mempunyai akal untuk berfikir. Berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, setiap apa yang tercetus di hati akallah yang akan memainkan peranannya untuk menapis dan menilai apa kata hati. Orang yang berfikiran cetek akan mudah membuat keputusan tanpa fikir kesannya dalam hidup. Kemudian diri sendiri yang akan merana. Penyesalan di kemudian hari tidak membawa sebarang manfaat, bak kata pepatah nasi telah menjadi bubur. Tetapi kenyataan ini juga dapat disangkal dengan penyesalan yang lahir dari kekuatan hati. Berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Sifat sedemikian amat diredhai oleh Allah. Setiap manusia yang melakukan kesilapan mestilah menyedari akan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat. Manusia dicipta dengan pelbagai kerenah dan ragam. Kenapa? Kita dapat saling mengingati antara satu sama lain. Kadang-kadang kita tidak sedar kesilapan yang kita lakukan, tetapi orang di sekeliling kita yang sedar. Mungkin kita rasa kita seorang yang sempurna,baik,cukup semuanya sehingga kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya. Sebenarnya kita boleh rasa pandangan orang terhadap diri kita. Ini semuanya lahir dari hati yang luhur. Bila kita sedar ada sesuatu yang kurang pada diri kita, niat  untuk berubah adalah perkara yang sangat penting. Mungkin kita tidak pasti dan ragu-ragu jalan yang terbaik untuk membaiki kesilapan kita. Kadang-kadang juga kita menafikan apa kata hati dan sukar orang nak  faham walaupun kita sudah luahkannya.  Mungkin kita malu untuk meminta pandangan dan nasihat orang yang lain. Justeru, mohonlah petunjuk dari Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya inilah jalan yang terbaik. Niat yang baik,kesungguhan yang tinggi dan tawakal perlu diserapkan dalam diri. Dengan izinNya, kita akan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Ayuh kawan-kawan,kita bangkit dari kealpaan duniawi, cermin diri kita, muhasabah diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik demi keberkatan hidup. 

SYUKRAN 

0 ulasan:

Catat Ulasan

yesss!!! that's right!! do it well!!